Tuesday, November 3, 2009

Sejarah Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan

Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan mula beroperasi pada Januari 1989. Atas permintaan penduduk di sekitar Kampung Melayu Pandan, penduduk Taman Sri Pandan, penduduk Taman Johor Jaya, penduduk Kampung Penggawa Timur serta penduduk Desa perwira, sekolah ini telah berjaya dibina di atas tapak paya berhampiran Sungai Pandan. Kawasan sekolah yang meliputi keluasan 0.5438 hektar (1.3450 ekar) ini mempunyai 2 blok iaitu blok A dan blok B serta sebuah kantin. Pada tahun 1999, sebuah lagi bangunan berjaya dibina iaitu Balai Islam yang bertujuan untuk dijadikan mini perpustakaan sekolah serta tempat untuk murid-murid menjalani latihan amali solat. Kos pembinaan Balai Islam ini telah mendapat peruntukkan daripada yang berhormat Dato' Ali Bin Hassan bersama Badan Kebajikan Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan. Pada tahun 2008 pula, sekolah ini telah berjaya menambahkan satu lagi prasarana iaitu dewan terbuka sebagai kemudahan kepada murid-murid untuk menjalani pelbagai aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan dan sebagainya. Kos pembinaan ini hampir mencecah nilai RM80 000. Ia adalah hasil kutipan orang ramai serta sumbangan daripada Yang Berhormat Dato' Seri Hj. Khalid Bin Nordin.

0 comments: