Pada awal pagi tahun baru (1 Jan 2010), bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Tetapi kali ini gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.
Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.
Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuh. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun.
Thursday, December 31, 2009
GERHANA BULAN SEPARA
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 11:09 PM 0 comments
Wednesday, December 30, 2009
Jualan buku
Pada 28, 29, 30 dan 31 Disember 2009, satu sesi jualan kitab, buku tulis dan alatan keperluan sekolah telah diadakan. Jualan telah dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 1:46 AM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
BULAN MUHARRAM
MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
DOA AKHIR TAHUN
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
DOA AWAL TAHUN
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING PADA BULAN MUHARRAM
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke langit.
AMALAN-AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARRAM
1) Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2) Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
EMPAT BELAS PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 Muharram):
1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5) Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8) Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12) Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 2:50 AM 0 comments
Sunday, December 13, 2009
Ziarah
Sabtu, 12 Disember 2009 kami sekelas telah pergi melawat Ustazah Zanariah Paimun di Kg Paya Sari Panjang, Pagoh Muar. Atas ikatan persahabatan yang ihklas kami telah mengunjunginya yang kini sedang menderita sakit cancer.Tiba di rumahnya, ya Allah kami lihat tabahnya beliau mengharungi saat-saat getir penyakit yang dihidapinya... Apapun buat Ustazah Zanariah kami doakan beliau cepat sembuh.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 8:44 PM 0 comments
Monday, December 7, 2009
CORETAN : Tahniah buat Ustazah Hasmawati ...
Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan. Cahaya mata adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri ini perlu dijaga dengan sebaik mungkin (dengan penuh tanggungjawab). Curahkan kasih sayang dan perhatian sebaik mungkin dan seimbang menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).
Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74).
BUAT USTAZAH HASMAWATI SEKELUARGA, TAHNIAH DIUCAPKAN ATAS KELAHIRAN PUTERI YANG KEDUA PADA 6 DISEMBER 2009 YANG LALU. MOGA KELAHIRAN ANAKANDA KEDUA YANG TERCINTA MEMBERI SATU LAGI CAHAYA YANG INDAH BUAT ANDA SEKELUARGA....
Ikhlas,
Ustazah Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed
sekeluarga...
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 3:43 AM 0 comments
Monday, November 30, 2009
LOKASI SEKOLAH AGAMA KG MELAYU PANDAN
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 1:51 PM 0 comments
Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 6:03 AM 0 comments
Hikmah di sebalik musibah banjir
Renungkan...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa pun bentuk bencana atau musibah yang melanda, pada hakikatnya ia memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Ini kerana sudah semestinya jiwa itu perlu dididik meskipun menerusi penerima bencana.Ia bertujuan semata-mata untuk menguatkan hati, keteguhan sikap, terlatih dan sentiasa waspada terhadap persekitaran.
Pada hakikatnya musibah itu merupakan sunatullah, sebagai suatu proses sebab akibat daripada tindakan seseorang. Musibah itu juga merupakan peringatan daripada Allah SWT, sebagai ujian keimanan dan setiap musibah itu tidak selamanya tanda kemurkaan Allah SWT.
Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialah iltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah SWT semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut.
Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Surah At-Taghabun: 11)
Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekori umat manusia di dunia ini kerana ia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan." (Al-Baqarah: 155)
Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi..."
Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Bukan bererti orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian tetapi mereka tetap sedih dan dukacita.
Namun, mereka tidak akan bertindak di luar batasan agama. Nabi Muhammad SAW contohnya, pada hari kematian anak kesayangan baginda, Ibrahim, tetap bersedih dan air mata berlinangan, tetapi tidak melakukan sesuatu di luar batas agama melainkan apa yang diredai oleh Tuhan. Maka, orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi telah benar-benar memurnikan tauhid dan mengikhlaskan doa hanya untuk Allah.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 2:18 AM 0 comments
Wednesday, November 18, 2009
Friday, November 6, 2009
Ringkasan pelajaran Ibadah darjah 2
- اءير هوجن
- اءير لأوت
- اءير امبون
- اءير سوغاي
- اءير مات اءير
- اءير فريكي
- اءير ثلجي
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 11:34 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
ISU MORAL : Gejala ponteng sekolah atau kelas di kalangan pelajar
Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar terlibat dengan gejala ponteng. Faktor yang pertama ialah faktor sekolah dan faktor yang kedua ialah faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan supaya masa depan generasi pelajar kita lebih baik.
Jika dilihat faktor yang pertama iaitu faktor sekolah, antara punca pelajar ponteng yang dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
Selain daripada faktor dalam sekolah, faktor luar sekolah juga boleh mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Antaranya pelajar ponteng mungkin kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.
Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.
Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.
Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 4:02 PM 0 comments
Barisan guru sesi pagi SAKMP
Barisan hadapan dari kanan (Ustazah Zulaiha, Ustaz Md Som, Ustazah Siti 'Azami Mujahidah)
Barisan belakang dari kanan (Ustazah Maziah, Ustazah Maslinda, Ustazah Nor Shamsiah, Ustazah Roslina)
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 12:06 AM 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
Majlis tadarus dan khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 6:49 PM 0 comments
Majlis tadarus dan khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 6:39 PM 0 comments
Aktiviti sekolah sempena Syawal
Guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan kunjungan marhaban pada 3, 10 dan 11 Oktober yang lalu sedang enak menjamu selera...
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 6:03 PM 0 comments
Lagu Sekolah
Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan
Sekolah yang dicintai
Guru yang kami hormati
Mengajar dan mendidik kami
Beriman, berilmu dan beramal
Itulah matlamat kami semua
Pendidiknya berwibawa
Menjadi tunggak kejayaan
Kami.... pelajar
Berusaha, berdoa, bertawakkal
Demi mencapai
Kecemerlangan
Dunia dan akhirat...
Kami.... pelajar
Berusaha, berdoa, bertawakkal
Demi mencapai
Kecemerlangan
Dunia dan akhirat...
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 2:04 AM 0 comments
Sejarah Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan
Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan mula beroperasi pada Januari 1989. Atas permintaan penduduk di sekitar Kampung Melayu Pandan, penduduk Taman Sri Pandan, penduduk Taman Johor Jaya, penduduk Kampung Penggawa Timur serta penduduk Desa perwira, sekolah ini telah berjaya dibina di atas tapak paya berhampiran Sungai Pandan. Kawasan sekolah yang meliputi keluasan 0.5438 hektar (1.3450 ekar) ini mempunyai 2 blok iaitu blok A dan blok B serta sebuah kantin. Pada tahun 1999, sebuah lagi bangunan berjaya dibina iaitu Balai Islam yang bertujuan untuk dijadikan mini perpustakaan sekolah serta tempat untuk murid-murid menjalani latihan amali solat. Kos pembinaan Balai Islam ini telah mendapat peruntukkan daripada yang berhormat Dato' Ali Bin Hassan bersama Badan Kebajikan Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan. Pada tahun 2008 pula, sekolah ini telah berjaya menambahkan satu lagi prasarana iaitu dewan terbuka sebagai kemudahan kepada murid-murid untuk menjalani pelbagai aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan dan sebagainya. Kos pembinaan ini hampir mencecah nilai RM80 000. Ia adalah hasil kutipan orang ramai serta sumbangan daripada Yang Berhormat Dato' Seri Hj. Khalid Bin Nordin.
Posted by Siti 'Azami Mujahidah Bt Mohamed at 12:23 AM 0 comments